Thursday, December 9, 2010

Mari mari . Belajar memasak :)

Hari ni , kecoh segala bagai result keluar .
Kecoh sebab sepatut nya esok . Tapi tiba tiba die buat surprise .
Hari ni lak . Tapi itu kesilapan teknikal server je . 
Act dorang nak update something dekat student portal .
Tu webpage Examination Result on sekejap .
Sape yang kebetulan bukak time tuh mmg dapat cek dah la .
Yang lain , esok . Wish me luccckk . Clasmate ramai dpt dekan .
Serius takut esok .

Ohh . Btw , Panjang gila selingan aku .
Aku nak bagitau yang tadi aku belajar masak ye .
Dengan penjaga aku . Die tukang masak .
Dekat 3 minggu dah die kat rumah .
Baru mlm ni nak belajaarr . Zzz
Rugi tak ? Memang ruuuuuggiii .

Mari mari . Mahu berkongsi . 
Resepi Kuetiaw KUNG FU :)



Ak cube ingat ingat balik. Sebab tadi pun tgk die masak sekali lalu je .

Bahan bahan :

Sebungkus kuetiaw 
Telur - 3 Biji
Tepung Jagung 

Bahan untuk Kuah ;

Sayur - Sawi , Carrot , Kubis bunga , Tomato , bawang besar(1/2) etc.
Tepung Jagung - 1/2 - 3/4 cawan (kacau dlm sedikit air)
Ayam / Sotong etc .
Limau Nipis - Sebiji
Cili Burung *kalau suka pedas
Gula - 4 sudu kecil
Garam - 2 Sudu kecil 
Sos Tiram - 1 Sudu besar
Kiub Pati Ayam (1 @ 1/2)
Bawang Putih - 2 ulas .

Cara Memasak :

1 . Gaulkan Kuetiaw bersama 3 biji telur bersama lebih kurang 3-4 sudu besar tepung jagung .
(Gaul rata kesemua bahan . Sebungkus kuetiaw : 3 biji telur )
2 . Gorengkan sedikit demi sedikit kuetiaw . 
(Nanti kuetiaw die melekat2 . So untuk sepinggan lebih kurang sesenduk kuetiaw je . Nnt muak )
3 . Gorengkan mengikut kuantiti yang perlu . ( Sebungkus boleh cukup untuk 5-6 pinggan)

Cara Memasak Kuah :

1 . Gorengkan ayam/sotong bersama bawang putih ( mayang @ ketuk ) 
2 . Nampak mcm lebih kurang dah masak , masukkan lebih kurang 6-8 cawan air
(Ikut keperluan . Nak kuah banyak mana .Bajet2 sndri jee )
3 . Sambil kacau - kacau nak bagi menggelegak , masukkan :
 Gula , Garam , Sos Tiram , Kiub Ayam , perah limau nipis , cili burung . 
4 . Dah menggelegak sikit - Masukkan kesemua sayur .
5 . Bile da menggelegak - Masukkan tepung jagung (1/2-3/4 cawan)
 yang dah di kacau dalam sedikit air ke dalam kuah tadi .
6 . Kacau kacau kejap . Then SIAAAAPPPP !
7 . Hidang & Makan :)



Well , Aku tulis ni pun sebab nak peringatkan diri sendiri.
Laen kali nak buat rujuk je balik.
Kalau save dalam kepale otak aku bukan betul sangat .
Kang sat sat lupaa .

Till then , Selamat Mencubaaaa :)


No comments:

Post a Comment