Saturday, March 26, 2011

for lepasan SPM .

Just a lil bit guide untuk budak budak baru ambik result hari tu . Buat pilihan terbaik korang . The one most suit with you . Jangan salah pilih . Menyesal tak guna nnt


Matrikulasi ?

Ada 2 jenis . Pengajian SETAHUN @ DUA TAHUN .
Yang SETAHUN ni atleast result dalam 4A and takde D insyaAllah boleh dapat .
Mcm aku dulu , 3A n ada D . Aku dapat for 2years punya program . And aku tak pegi . Aku sangat tak boleh go dgn subjek subjek yang diajar di matrik . Kat sana belajar subjek macam KIMIA , FIZIK , ADDMATH , BIO . Kalau korang bagus dalam subjek ni better pergi la .

Advantage : Cepat masuk degree woo . Belajar setahun@2tahun , habis je terus amek degree & dapat elaun . RM1125 satu sem KOT . Tak berapa sure yang ni .

But lil bit dangerous . Kalau korang tak perform well time dekat Matrik tu . Susah la degree . Nnt sangat berkemungkinan untuk korang dapat kos kos yang tak berapa laku . Dia pakai hentamsajalah nak bg korang kos apa . Tapi kalau korang perform no hal la . Dpt kos bagus , dapat habis degree cepat , dapat kahwin cepat . Heeee :p

Waktu kelas dorang mcm dekat sekolah . 8pagi -  4petang . Ada rest tengahari sejam for lunch and zohor (kalau tak silap aku la,boleh konfem sendiri dgn budak matrik kalau korang ada kenal)

ASASI ?

Asasi lebih kurang mcm kat matrix . Belajar setahun habis can go for degree terus .
Korang dah boleh mula ambik degree waktu 19tahun . Cepat kannn ? Sgt memberi advantage la .
Subjek pun rasa aku belajar mcm yang aku sebut kat matrik kalau tak silap . Taktahu sangat . Tapi , kelayakan nak apply asasi mmg agak tinggi la . Kurang2 nak 5,6A and above wthout C or D . Yang kalau result 8,9A ambik je la ASASI terus kalau dari diploma . Korang dah ada kelebihan kat situ result bagus . And ambik la jalan cepat . Diploma 3tahun woo . Boleh tahan lama . But almost budak result mcm ni konfem FLY punya . Best nye result mcm tuu . Hm :\

IPG@MAKTAB ?

Yang ni untuk bakal bakal cikgu la kan . Kelayakan nak masuk maktab sekarang ni pun agak tinggi dah . Yang pasti 3A , ada D mcm aku memang tak layak . Nasib la cikgu mmg takde dlm list aku . 
Ada interview . 
Belajar , cuti mcm lebih kurang sekolah . Dah kata nak jadi cikgu kan .
Yang best cuti banyak . Bape banyak cuti sekolah yang ada banyak tu jugak lah cuti korang . Cuti korang sama dgn budak sekolah . And apa yang orang penah ckp kat aku belajar kat maktab tak stress . Rileks . Tak tahu la betul tak kan . 

DIPLOMA ?


Diploma .. Hm . Okay , ni la majoriti yang orang akan pilih . Maksud aku mcm yang jenis tak minat pergi matrix , Maktab macam aku tapi tak layak for Asasi kat sini la tercampak . Memang lama , 3 years - 6 semester . Tapi , jalan lama ni la selamat sikit . Atleast kalau korang dah habis diploma and malas belajar dah korang boleh cari kerja dah . Just gaji ciput la . Mcm lepas korang matrix or Asasi for sure wajibulghunnah la kena sambung Degree terus . Kalau tak tanam anggur la jawabnye . And act bila masuk diploma pun ada jalan cepat untuk ke degree . Orang panggil Fastrack . Kalau korang perfom sem1-3 and korang rasa korang nak cepat habis , korang ada option tau waktu nak masuk sem 4 tu .Sama ada korang nak teruskan sem4 diploma atau masuk degree . Tapi ofkos la . Ada pro n cons dia buat fasttrack ni . Tu ak tak berapa tau sgt la . 
Diploma ni banyak tempat la ade kan , mcm contoh UiTM , UTM , UPM , USM n so on .. And dalam banyak banyak UiTM la paling banyak kampus . And yuran paling murah . Itu yang penting :) haha . Sebab aku ni student UiTM so aku banyak tau pasal UiTM je la . U lain tak tau sgt la kan . Kampus kampus UiTM kat seluruh negara ni dia bahagi ikut courses dah . Macam kalau Engineering main faculty die dekat Penang , and ada sikit dekat Perlis . Kalau Sri Iskandar , kitorang punya main faculty Senibina Perancangan dan ukur . Means , courses yang bawah fakulti ni macam Architecture , Landscape Architecture , Interior Designer , Quantity Surveying , Sains Geomatik . Building Surveying , Building n so on . Tu main faculty la . Kalau minor kat Sri Iskandar ada fakulti sains dan matematik , Art & Design , Akaun , Teknologi Pejabat , and Perniagaan untuk bachelor shj . So kalau memang korang isi upu yang ada kaitan fakulti or course aku sebut mmg tercampak kat UiTM SI la . Tp mcm Art & Design dia ada jugak dekat kampus Machang & Sg Petani kalau tak silap . Akaun ada jugak dekat Perlis . Tu la sikit sikit yang aku tau . Wahaha . Serius rasa macam aku promoter UiTM sekarangg . And one more thing , UiTM ni jugak ada mcm link dengan KOLEJ POLYTECH MARA . Kira kalau korang masuk KPTM ni mcm korang under UiTM jugak sebenanrnya . Tp yuran mahal sikit kot dari UiTM kalau tak silap . KPTM ni pun ada kat banyak tmpt . Tapi aku tak tau sgt .

Dah la . Nak senang kan korang pegi la ekspo ekspo macam Jom Masuk U! or Selangkah ke UiTM ke . Jangan keje g kutip Goodie Bag je . Ko gunakanlah segala kuasa veto kau ada tanya 1001 soalan kat pegawai yang ada . Then baru la boleh korang buat keputusan yang paling elok .

Goodluck dude! 
Live Well or Live Hell . You Choose .





Thanks for reading ! 
Love,Anis :)

1 comment:

  1. STPM tu penting jgn lupa ok.. lebih susah dari matriks... senang masuk universiti pilihan pertama~`

    ReplyDelete