Monday, November 7, 2011

Dilemma fastrack (penerapan) ?

wikiii wikii testing testingg .
HAIII :) hihi . come back after few months stop blogging . eh bukan stop . short rest . hiks . nothing much to talk bout just bit bored . Sekarang gua dekat Machang . So sini macam takde apa sangat . Nak online pun tunggu turn pasal broadband satu je . apalah malang dan bosannya .



Sebab gua dah terlalu bosan , so macam aku nampak hottopic after keluar result hari tu , semorang cakap pasal fastrack fastrack fastrack . Yang tak tahu fastrack ni bila student ambik diploma and cgpa 3.00 above kalau tak silap dia boleh sambung untu ke degree terus . Which is , cepat lah kan . Sepatutnya dip 3 tahun , jadi setahun setengah je then sambung degree dalam 2 tahun .



Nak diikut kan , secara kasar nya kita memang akan nampak , untung sangat bile fastrack ni . Untung dan secara tak lansung advantage penerapan ni . Untung dalam setahun tu . Well , bukan untung masa je . Kalau student tu peminjam PTPTN , secara tak lansung dah dapat tolak 2 sem punya pinjaman yang totalnya 5k . 5k bukan sikit kak oi . Nak bayar balik dah la ada interest . Jadi student yang memang merasakan duit satu bebanan yang besar dan masalah kalau dah layak why not pergi . Kan ? Aku pernah terfikir kadang tu , nak cepat buat apa sangat kan . Apa yang kita nak kejar sangat kerja cepat .Kahwin cepat ? kalau aku sbgai perempuan ni kena tunggu lelaki jugak masuk minang . Tak kemana jugak .But satu jawapan yang aku rasa aku boleh terima , bila degree habis cepat , so tak lansung nya kita dapat further Master cepat . Bagi yang memang target na habis kan Master terus lah . And ada jugak aku baca bila kita gi fastrack ni peluang untuk adjust balik pointer yang tak berapa puas hati waktu dip .



Okay , tu secara advantage nye la aku nampak fastrack ni . Ta kurang jugak ada kekurangan jugak . Dari apa yang aku pernah tahu , ( means aku tak sure sangat dengan info ni eh ) bila kita dah masuk degree fastrack ni pointer will start from zero . So kalau student tu dah pulun 3 sem dip bg dpt DL , then masuk fastrack with 0.00 cgpa balik bagi aku rasa macam sayang nyaa . Kalau teruskan dip , chances untuk konvo dengan title ANC pun besar . Bila dah degree belum tentu dapat teruskan DL tu . Waktu Dip untuk sem 4 smpi 6 pun tak tentu jugak , just percentage nak dapat tu lagi besar lah . And risiko , bila kita kantoi waktu fastrack ni kita takde backup . Kalau dah kantoi kena start dari mula dip balik . Kalaaauu korang dah ada sijil diploma then , sambung degree tanpa shortcut , kurang2 , kantoi pun korang dah merupakan pemegang sijil diploma . And dah boleh dapat kerja tetap dah dengan kelulusan diploma tu . Nampak tak ? And lagi satu , bagi course aku yang ada praktikal sem 5 ni , bila gi fastrack praktikal pun akan jadi short . Dalam 2 bulan je . So pengalaman kurang . Tak berapa best lah bagi aku . Bagi aku la . Pendapat orang lain lain .



So ni sikit sebanyak apa yang aku dapat fikir pasal fastrack ni . Nak tulis pasal advantage and disadvantage diploma dah tak larat . Benda aku tulis ni pun boleh fikir sendiri je . Just kadang bila ada something yang tertulis kita nampak lagi jelas . Aku tulis ni pun untuk aku sendri jugak. Maybe banyak lagi terlepas and maybe ada info salah . SO betulkan and maybe lagi bagus tanya yang lebih arif macam lecturer , PA or KP korang sendiri . Aku tulis ni pun sebab aku pun dalam dilemma pasal ft ni mula mula . Dulu memang aku target awal2 taknak buat fastrack ni . Tapi lepas dapat result parents aku mcm sarankan pergi . So aku macam dah dilemma semacam . Aku kalau boleh perlukan someone on advice , tapi nampak gaya advice diri sendiri je la . hihi . Sekarang aku dah tetapkan na teruskan diploma sampai habis je . Im not being biased with anyone . This is just some of my opinion . It would be great if this helping u making decision . Best of luck friends :) And lagi satu hal , apa apa keputusan yang korang buat , jangan menyesal kemudian hari . Semua benda ada hikmah . Live well or live hell ? We choose :)


.

2 comments:

  1. nak tanye kak anis...saye nie br sem 1 nk sem 2..
    if kiter smbg fast track, just tmbh lagi 2 thn shj ker???? seriously???...atau pun ikut kos??? akak anis kos ape??

    ReplyDelete
  2. kalau nak fastrack sem 3 nak naik sem 4. then tmbh lg 2thn . tp xsure la kalau sume kos cmtu ke tak . dpends la kot .

    ReplyDelete