Wednesday, June 6, 2012

DAY 1 as a QS trainee :)



Dah lama niat nak start blogging balik. Tapi taktau bila . But now since dah start praktikal so ada la sebab nak start blogging balik :D Dulu konon nya janji dgn classmate masing2 nak buat blog ceita pasal experience praktikal masing2 . Tapi tak tau la dorang buat ke tak kannnn . I'm waiting guysss......... :)


Kalau diikutkan macam macam nak cerita . Haha But skarang dah lewat n aku pun dah ngantuk . So im gonna make it short . Sepatutnya 11th baru start but since dapat call dari lecturer then pegi je la . Dpt tambah ilmu banyak sikit :) First day memang bosan . Tak buat apa pun . Hari ni nak diikutkan baru belajar mcm mana nak guna mesin fotostat la . Itu je . Lainnya duduk dekat meja aku baca document2 yang ada. Ada tender la apa la . Baca je . Sampai 1 tahap , nampak mcm baca tp aku tenung je page tu . Haha Baca pun tak paham . Tapi waktu mula2 masuk dah kena briefing kan dgn bos. Dari apa yg dia cakap dia kalau boleh mmg nak trainee yg boleh bagi komitmen and tak main main la. Dia okay . Sempoi sangat . Memang best lah . Apa yg aku boleh cakap dia ni easy going je n jenis give n take . Kita trainee buat apa patut bagi hasil , beri bantuan dkt company then kita akan dapat yg setimpal . Awal awal lagi dia cakap , report awak memang saya dah bg A , cuma awak hutang dgn saya 1 je . KOMITMEN . Itu je yg dia pegang . Mcm tu jugak pasal elaun . Dia cakap kalau awak duk kat company tu bagi hasil kat company , company 'BELI' (bagi elaun) la hasil awak . Macam tu. Senang je . 


First waktu masuk office tadi , terpegun jugak sbb office dia cantik dan kemas. Tak mcm ada lecturer penah gtau dulu office QS selalaunya srabut dgn drawing sampai tersepak2 apa semua. Maybe sbb dia baru pindah ofis kot . Dia pindah pun sbb nak keselesaan staff dia terjaga . Office lama tu lot tengah2 . So takde tingkap apa semua . No ventilation . Then dia beli lot tepi skali pindah office dekat situ . Dia nak staff dia selesa , supaya staff dia dpt bg komitmen yg dia nak . & office tu siap ada bilik meeting lagi. Memang kemasssss . Cuma tak kemas sikit kat blakang tu je la . Dekat pantri pun macam2 ada . Lolipop sebalang , jeruk sebalang biskut berkotak kotak mcm2 jenis . Air panas sejuk ke semua ada . Memula aku igt makanan tu masing2 ada tuan dia beli n letak dekat blakang but no . Itu memang kira peruntukan company . Makan minum pun jaga sampai camtu sekali. Rasa bersyukur amat dapat tempat sebaik ni . InsyaAllah aku buat yg terbaik aku mampu la . 



Then sehari suntuk tu semua org busy buat keje masing2 , bos pun ada meeting apa sume so kitorang trainee ni duk mlangut je la . But petang tu bila masa nak dkt balik bos cam kua lepak2 dkt meja staff then start sembang . Memang best la sembang dgn dia .Dia punya kata kata mmg meng inspired kan n motivate org betul .Well apa2 yg aku share ni mmg niat baik dgn harapan dpt inspired or jugak la kan . Bos aku tu dulu grad dgn cgpa 2.** je . Tapi skarang own company sendiri . Siap pgg title Sr. So please , yang dpt result down ke apa takde sbb utk korang takleh berjaya . Dimana ada kemahuan di situ ada jalan punya . Pegang la kata kata tu . Dia ada jugak tanya result aku then bila dgr dia terus cakap "ada peluang pergi oversea,pergi... Jangan takut dgn cabaran etc etc' Bila dgr dia ckp camtu tu aku tak tau knp rasa mcm teharu n motivated sgt . Seriously. InsyaAllah kalau ada rezeki la satu hari nanti..  Act kalau ikutkan banyak benda lg yg dia cerita yg aku nak share. Tp aku pun tak ingat sgt dah nak diceritakan balik .Tp aku mmg respek sgt dia . Dia mmg seorang boss yg bagus. Rasa bertuah dpt berkenalan dgn dia . Dekat situ ada 2 org staff yg praktikal dgn dia then dia ambik kerja terus. Hopefully ada rezeki aku nnt pun dapat la . 



K aku sembang je nak make it short . SHORT la sangat haha . Bila dah cerita kan macam macam la keluar. Sebenarnya bila pergi praktikal ni aku mcm 'haih susahnya kerja QS ni , mcm taknak je jd QS' Sebab aku bukak file baca document apa semua aku tak tau apa . BLANK . Terus tepikir mcm mana nak praktikal cani semua tak tahu . Tp pikir balik , belajar . Datang praktikal tu nak belaja. Tak belajar mmg tak tau la kan . So sabar je la dulu. Nnt lama lama ok la kot kan. InsyaAllah Hopefully semua baik baik je sampai habis praktikal ni . Yg best nya bos cakap akan ada masa sampai seminggu tak balik rumah . So BE PREPARED ANIS! 

Till then people , BYE :)


Office :) tak berapa clear sgt sbb snap curi curi hihi
Tengok cahaya kemain kuat sampai silau snap gambar . Ventilation n lighting yg baguss! :D



2 comments:

  1. Kita punya on the way! :P

    AL

    ReplyDelete
  2. AL ! apa blognyaaa ? nak bacaaa :P

    ReplyDelete